Minggu, 27 November 2011

Asal mula Penyebaran Suku Tidung (brunei)

Pada asalnya Sabah ini (Borneo Utara) dikuasai oleh kerajaan Brunei dikenali sebagai Sarawak keseluruhannya sebelum diubah menjadi Borneo oleh James Brook dan syarikat British Hindia Timur (Rujuk surat pajak Borneo Utara dalam Buku Tausug & Kesultanan Sulu). Kesultanan Islam Brunei bermula pada tahun 1368 setelah Raja Awang Alak Batatar memeluk Islam (Sila rujuk Tarsila Brunei I & II). Pada 1610 anakanda Sultan Brunei bernama Raja Bongsu ditabal menjadi Sultan Sulu (menggantikan bapa saudaranya Sultan Sulu yang wafat tanpa anak) dengan gelaran Sultan Mawallil wasit (inilah kerabat Brunei yang pertama menjadi Sultan Sulu).

Kekuasaan Brunei sangat luas dari Sarawak hingga ke Manila (Fi Amanillah-mendapat keamanan Allah) termasuklah keseluruhan Sabah ketika itu. Pada 1665 Brunei mengalami perang saudara dan berlanjutan selama 10 tahun. Kemiskinan dan kemelaratan akibat perang saudara menyebabkan Brunei hampir hilang dalam peta dunia. Hinggakan Sabah ketika itu tidak dapat lagi ditadbir oleh Brunei. Pada 1675 Sultan Brunei minta bantuan Sultan sulu untuk selesaikan masaalah mereka. Pahlawan Sulu datang dengan bala tenteranya dan membunuh si pemberontak maka tamatlah perang saudara 10 tahun itu dan Sabah dihadiahkan oleh Sultan Brunei kepada Pahlawan Sulu untuk ditadbir oleh Sultan Sulu. Bermulalah pembukaan tanah dari teluk kimanis sampai ke teluk Sibuku di kalimantan oleh Datu-Datu Diraja Sulu untuk ditadbir. Maka benarlah kata-kata bro Bushido tentang tiadanya penguasaan Brunei terhadap momugun dalam masa 10 tahun itu.

Kebebasan momugun dan kaum lain di Borneo Utara (Sabah) ketika itu berlanjutan sehingga 10 tahun lagi sehinggalah pada 1685 barulah Sultan Sulu (Sultan Shahabuddin) menguatkuasakan undang-undang cukai. orang2 Sulu tidak mengutip cukai sebelum itu kerana sibuk membuka tanah perkampungan dari teluk kimanis hingga ke teluk Sibuku Kalimantan. Bermakna selama 20 tahun Borneo Utara tidak ditadbir. Prof. Cesar Adib Majul menyatakan dalam bukunya "Muslim In The Philipines" bagaimana Sultan Sulu bertungkus lumus menjaga perairan Borneo Utara dari kekuasaan Spanyol ketika itu. Perlawanan dua aqidah untuk berebut kuasa perdagangan dan penyebaran agama memaksa Sultan Sulu memerangi siapa sahaja yang enggan membayar cukai termasuk Momugun dan kaum Tidung. Ketika ini Kaum Dayak (semua kaum pribumi) lari masuk ke tengah hutan dan gunung-ganang agar pengutip cukai tidak sampai kepada mereka. Yang tak lari terpaksa menjaga ternakan atau pengembala binatang kepunyaan para Datu-Datu Diraja Sulu (pengembala tidak dizalimi - buktinya kata Bro Bushido si pengembala Momugun memberi syarat tertentu sebagai upah).

1 komentar:

  1. Haha, mengarut punya cerita. Mana ada orang Sabah lari ke pedalaman sbb sulu. Sy orang Dusun Sabah x pernah dgr pun adanya orang Dusun lari ke pedalaman sbb sulu.

    BalasHapus