Asal Nama Brunei
Mengikut pengkaji sejarah Brunei, nama perkataan Brunei berasal dari perkataan "baru nah". Dan dari dalam internet, penulis mendapati pengkaji sejarah dari Indonesia berpendapat, perkataan Brunei berasal dari nama pokok.
Mengikut pengkaji sejarah Brunei, nama perkataan Brunei berasal dari perkataan "baru nah". Dan dari dalam internet, penulis mendapati pengkaji sejarah dari Indonesia berpendapat, perkataan Brunei berasal dari nama pokok.
Berasal Porne
Selain itu penulis berpendapat, bahawa Nama Brunei itu berasal dari perkataan Porna, atau Porne, kerana berkemungkinan pulau porne ( Borneo) dinamakan atas nama Purnawarman.
Berkemungkinan Pulau Borneo telah ditakluki oleh Purnawarman, maka
Pulau Borneo yang ditaklukinya dinamakan dengan nama Porni atau Porne. (
Lahjah India)
Hilangnya Perkataan Warman
Warman
tidak disebut pada nama pulau tersebut kerana warman adalah nama
keturunan atau juga bererti Raja. Perkataan warman banyak disebut pada
pemerintah dan raja raja Indonesia, seperti Mulawarman, Aditiawarman dan
banyak lagi.
Porne Menjadi Poni
Walau bagaimanapun, dalam sejarah china, Pulau Porne tidak dinamakan Porne, tetapi pone atau poni atau puni. Huruf ‘R’ tidak disebut dalam nama puni ini, mungkin kerana lahjah orang-orang cina yang tidak pandai menyebut huruf ‘R’.
Menjadi Borne atau Burni
Setelah Islam tiba di Porne, Pulau Porne tidak lagi dinamakan sebagai Porne, tetapi Borne,
atau Bornei, atau Borni. Huruf ‘P’ bertukar menjadi ‘B’, mungkin kerana
lahjah orang arab tidak pandai menyebut huruf ‘P’. Sepertimana lafaz
perkataan ‘Pepsi” bertukar menjadi ‘Bebsi’.
Menjadi Borneo
Namun
apabila eropah tiba, perkataan Borne dijadikan Borneo, mungkin kerana
kebiasaan orang-orang Itali yang menggunakan huruf ‘O’ dihujung kalimah
mereka. Seperti “Filipin” menjadi “Filipino” dan lain-lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar